Friday, June 29, 2012

Excellence without a Soul: How a Great Universty Forgot Education

Buku yang harus dibaca semua ahli akademik dan pentadbir universiti

Excellence Without a Soul: Does Liberal Education Have a Future?
gambar dari Amazon.com

Buku 'Excellence without a Soul: How a Great Universty Forgot Education" Harvard Univ. Press, 2006) dihasilkan oleh Profesor Harry Lewis. Prof Harry pernah menjadi Dekan Kolej Harvard selama 8 tahun dan Profesor selama 32 tahun.

Buku ini menjelaskan bahawa penyelidikkan dibawah arah negara dan industri tidak pedulikan kesan-kesan negatif kepada masyarakat. Profesor-profesor sibuk mengejar dana penyelidikkan dan lupa tugas pendidikan dan pengajaran.

Rektor/presiden/Naib Canselor sibuk dengan usaha menambah kekuatan kewangan universiti untuk mendapat ranking tinggi. Isu-isu pelajar pelajar bertambah buruk.

Terdapat pensyarah dan profesor yang mempunyai akhlak yang buruk, mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada orang lain yang tidak menyanjung mereka dan sikap membenci nilai-nilai agama dan etika. Terdapat juga hasad dengki, polticking dan mengejar pangkat dengan cara tidak beretika.

Kata seorang ahli akademik di Kampus Kesihatan USM, "bahangnya  telah menjangkau diuniversiti-universiti tempatan di Malaysia."

Diskripsi Buku seperti yang terdapat di lama Amazon.com

August 14, 2007
America's great research universities are the envy of the world—and none more so than Harvard. 
 
Never before has the competition for excellence been fiercer. But while striving to be unsurpassed in the quality of its faculty and students, Universities have forgotten that the fundamental purpose of undergraduate education is to turn young people into adults who will take responsibility for society. 
 
In Excellence Without a Soul, Harry Lewis, a Harvard professor for more than thirty years and Dean of Harvard College for eight, draws from his experience to explain how our great universities have abandoned their mission. Harvard is unique; it is the richest, oldest, most powerful university in America, and so it has set many standards, for better or worse. 
 
Lewis evaluates the failures of this grand institution—from the hot button issue of grade inflation to the recent controversy over Harvard's handling of date rape cases—and makes an impassioned argument for change. The loss of purpose in America's great colleges is not inconsequential. Harvard, Yale, Stanford—these places drive American education, on which so much of our future depends. It is time to ask whether they are doing the job we want them to do.

Wednesday, June 27, 2012

PERSIDANGAN HALAL KEBANGSAAN KE-3


Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur 
3 Julai 2012, Selasa,
“Halal sebagai Pemangkin untuk Perkembangan Perniagaan”
Disokong oleh Persatuan Pengeksport Malaysia
 
 
PENGENALAN
Asif International (M) Sdn Bhd, dengan sokongan Persatuan Pengeksport Malaysia akan menganjurkan Persidangan Halal Kebangsaan ke-3 pada 3 Julai 2012 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.
 
Penduduk Islam di dunia dianggarkan mencecah 1.6 bilion orang dan angka ini dijangka meningkat sebanyak 30 peratus daripada penduduk dunia menjelang 2025. Jumlah perbelanjaan untuk makanan akan mencapai $584 bilion setahun jika setiap orang Islam membelanjakan hanya $1 sehari untuk makanan halal! Malaysia telah diiktiraf di peringkat global sebagai hab makanan halal di dunia dan pelopor dalam industri ini.
 
Kejayaan industri halal dalam pasaran domestik mahupun eksport banyak bergantung kepada pelbagai perkembangan polisi termasuk yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan, perkhidmatan sokongan dan infrastruktur. Ia turut merangkumi pembangunan sumber manusia, kewangan serta pemasaran dan usaha promosi. Selain itu, kejayaan yang dikecapi dalam Industri Halal juga bergantung kepada perkhidmatan seperti kewangan, logistik dan pengurusan halal. Oleh itu, usahawan halal dan pengeksport halal Malaysia perlu memastikan kehalalan produk dan perkhidmatan mereka.
 
Bertemakan "Halal sebagai Pemangkin Untuk Perkembangan Perniagaan", persidangan ini diadakan untuk memberi tumpuan kepada perkembangan terkini dan hala tuju masa depan industri halal dalam kesemua sektor.
 
OBJEKTIF
Dengan menghadiri persidangan ini, peserta akan dapat:
· Memahami pasaran halal global dan rantai nilai halal
· Mengetahui maklumat terkini tentang strategi kebangsaan untuk menguasai pasaran halal global
· Mengkaji pelbagai isu halal dan mencari penyelesaiannya
· Mengetahui penemuan terbaru dalam bidang sains halal
· Mengekalkan daya saing dan kepimpinan dalam perniagaan serta meneroka cara yang lebih inovatif untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan
 
SIAPA YANG PATUT HADIR?
Pengeluar Produk Halal, Peladang dan Pembekal makanan ternak, Pemilik pasaraya dan Peruncit, Pengendali rumah penyembelihan, Pengusaha restoran, Pengendali taman halal, Ahli akademik, Penyelidik, Persatuan Industri, Perunding dan sebagainya
 
PROGRAM & PENCERAMAH
Dalam persidangan 1 hari ini, pelbagai tajuk akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah dari Organisasi dan Agensi Kerajaan meliputi bidang berkaitan dengan hubungan perniagaan dalam Industri Halal.

Friday, June 1, 2012

Tips Mengelakkan Penipuan Internet



Beberapa panduan keselamatan kepada individu dan organisasi bagi mengelakkan sebarang penipuan internet iaitu:
A) Individu
  • Berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pesanan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila tidak pasti. Individu berhak bertanya mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
  •  Individu perlu melindungi maklumat peribadi. Ia amat berharga.
  • Kenali dengan siapa individu berurusan setiap masa.
  • Menggunakan perisian anti virus, anti spyware dan firewall serta pastikan ia sentiasa dikemas kini.
  • Memastikan sistem operasi dan penyemak imbas laman web ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini.
  • Melindungi kata laluan komputer, e-mel dan laman penting yang selalu dilawati.
  • Membuat sandaran bagi fail yang penting.
  • Kenali siapa perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dalam talian.
 
B) Organisasi
  • Membuat jadual bagi data sandaran pada kekerapan yang boleh diharapkan.
  • Mengekalkan data sandaran dalam tempoh tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta.
  • Menggunakan sandaran secara automatik.
  • Melakukan siri ujian kepada proses penyalinan.
  • Sediakan komputer tambahan untuk sentiasa menyalin data.
  • Memastikan data sandaran mempunyai log tarikh dan masa supaya dapat disahkan.
  • Buat sandaran untuk pelbagai jenis medium (salinan cakera mudah alih, CD, VCD, USB).
  • Meletakkan data sandaran di tempat yang selamat