Wednesday, October 21, 2009

2 JAM TANPA KENDERAAN?

Berikut gambar-gambar yang dirakam ketika Kempen 2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor di sekitar kampus USM, Pulau Pinang semalam.

Dalam berita muka depan Berita Kampus Bil.6 yang diterbitkan semalam, Pengarah projek kempen tersebut, Ahmad Wafi Sedan, Sains Fizik 2 berkata, "Jika kempen ini berjaya, kemungkinan besar ianya akan diadakan secara berterusan setiap hari Jumaat jam 2.30 petang hingga 4.30."

Ya..! ketika itulah orang ramai berpusu-pusu keluar dari Masjid selepas solat Jumaat dan staf yang hendak masuk semula ke kampus untuk sambung balik kerja jam 2.45 petang.

Harap mereka dapat memilih waktu yang lebih sesuai untuk berkempen...!

















Tuesday, October 20, 2009

Berita Kampus Jilid 40, Bil 6

BK Jilid 40, Bil 6 sudah berada dipasaran mulai hari ini 20 Oktober 2009. Ia merupakan edisi terakhir semester ini. Edisi seterusnya akan bermula selepas semester depan dibuka awal tahun depan.

Monday, October 5, 2009

Berita Kampus Jilid 40, Bil 5

Berita Kampus Bil 5 sudah berada di pasaran. Kandungan berita dan rencana kali ini sangat menarik. Pelajar USM boleh beli dengan harga RM0.50. Staf USM boleh dapat dari PTJ masing-masing atau datang terus ke bangunan C10 (hubungi saya di 04-6535070).

Sekumpulan 5 orang pelajar juga akan buat jualan terus di Kampus Kejuruteraan, Transkrian pagi ini. Komen, cadangan dan kritik di buka.

Izaham

Monday, September 14, 2009

Berita Kampus Jilid 40, Bil 4

Berita Kampus Bil 4 mula diedar hari ini. Staf USM sila dapatkan dari PTJ masing-masing (yang langgan). Kalau ada yang tak dapat boleh hubungi saya 04-6535070 (mulai jam 11.00 pagi). Sekarang saya urus edar langganan sekitar kampus. Komen, cadangan, kritik dan sebagainya adalah dibuka.

Izaham

Wednesday, September 9, 2009

Linking the Dots; Beating the Odds

This is my new blog - Linking the Dots; Beating the Odds. The content will display my own opinions and inner thoughts - based on my observations and experiences with the media (well, I'll be inviting some contributors soon). But at the moment this new blog will try to gather as many readers as possible.

Sapiently, the subtitle reads Credible, Non-Credible and the Incredible (or incredulous if you prefer) and this refers to news and information, of course. You can read the context of the subtitle on the side bar of the blog.

This current blog - usmcampusnews - will remain as it is, reporting on the dates of publication of Berita Kampus and anticipating responses from its readers (which is a bit slow at the moment, no doubt).

Nonetheless, we sincerely hope with the existence and maintenance of this main blog, readers will have a platform to give their piece of mind on the publication of BK. We will not moderate any comments, complaints, criticisms or suggestions.

Till then, ciao...
Izaham

Monday, August 31, 2009

Analisis BK Jilid: 40 Bil:3

Jenuh memikirkan apa dan bagaimana reaksi yang ingin saya beri terhadap keluaran terbaru Berita Kampus yang akan terbit pada 1 September, esok. Sementara saya ini jenis yang suka berterus terang mengenai kualiti penerbitan sesuatu bahan cetak, saya juga bukan yang suka mematahkan semangat orang.

Sebagai tujuan promosi selain tidak mahu menghampakan semangat kemerdekaan semua orang yang sedang berkobar ketika ini, saya ringkaskan pandangan saya melalui posting ini.

Tidak banyak yang ingin saya perkatakan kecuali ianya adalah ulangan dari beberapa banyak keluaran BK yang terdahulu. Sebagaimana BK-BK yang lepas, tiada tema yang khusus, cuma penekanan diberi tentang pelaporan Convex 09 atau upacara konvokesyen ke 40 USM baru-baru ini.

Sebagai ulangan dari pelaporan BK pada tahun-tahun yang lepas mengenai peristiwa-peristiwa penting universiti, upacara konvo sememangnya sesuatu yang harus ada. Bagaimanapun, konsep dan konteks liputan tetap sama, dengan kualiti rekaletak nampak tidak bersemangat - tiada idea baru.

Sementara itu, semangat yang ditunjukkan pada wadah editorial masih mendatar dengan ulangan isu-isu yang sama diperkatakan akhbar harian tanpa kupasan idea yang baru. Harapan saya, wadah editorial ini dapat menampakkan kematangannya dengan pelajar berani memperkatakan mengenai isu-isu semasa di dalam negara dengan lebih telus.

Bagaimanapun, jika ada isu yang boleh dibanggakan mengenai pelaporan BK kali ini ialah mengenai berita kecemerlangan kesusasteraan negara apabila Prof Muhammad Hj Salleh dinobatkan Anugerah Tokoh Akademik Negara. Pengiktirafan Anugerah Akademik Negara tertinggi ini suatu penghargaan kepada bidang pendidikan dan kesusasteraan terutamanya kepada USM apabila karya Prof Muhammad, Poetika Sastera Melayu mendapat perhatian di kalangan akademik tempatan mahupun dunia.

Teori sastera Melayu yang diketengahkannya sering dirujuk dan digunakan di beberapa buah universiti di Nusantara dan antarabangsa dan juga sebagai landasan tesis/disertasi. Karya-karya sasteranya juga menjadi bacaan wajib di semua sekolah menengah dan juga beberapa kursus Universiti di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maka tiada sangsi lagi Prof Muhammad memang layak dinobatkan dengan anugerah tertinggi tersebut.

Bakti Prof Muhammad menerusi sastera ini seterusnya diabadikan dalam sebuah rencana oleh Mohd Bakri Adam dan Izzat Ismail dengan kupasan yang menyegarkan di muka surat 16.

Hari Antarabangsa Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) juga menjadi tumpuan pemberita BK kali ini dengan pelbagai aktiviti seperti permainan, pameran dan pertunjukan kebudayaan, deklamasi sajak, tayangan filem dan pesta makanan yang telah diadakan di perkarangan PPBLT. The BOOK Club@SoLLaT, suatu program PPBLT juga dilancarkan oleh Naib Canselor bertujuan menyemai tabiat membaca di kalangan warga kampus USM, selain meningkatkan kemahiran pemikiran kritis.

Berita sastera lain yang turut menjadi tumpuan ialah sesi autograf bersama Dr Chuah Guat Eng, penulis wanita Malaysia pertama menerbitkan novel berbahasa Inggeris pada tahun 1994. Penulis novel pasca kolonial bertajuk Echoes of Silence ini telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang penulis dengan para pelajar di Dewan Kuliah A, USM. Selain memberi ceramah, tujuan lawatan Dr Chuah juga sebagai mempromosikan novel tersebut yang kini dalam proses penulisan episod kedua, buku Tales from the Baram River (2001) dan juga novel The Old House and Other Stories (2008).

Berita sastera seterusnya ialah mengenai Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke 12 yang diadakan pada 18-20 Ogos lepas. Dianjurkan USM dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Institut Terjemahan Negara (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Resolusi utamanya ialah sokongan kesemua penganjur terhadap dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar oleh kerajaan dalam semua peringkat pendidikan termasuk pengajian tinggi.

Akhir sekali, Dewan Budaya USM telah berjaya mempersembahkan Pertandingan Ceritera Lestari dengan menampilkan lapan kumpulan mewakili desasiswa dan persatuan untuk bertanding dalam bidang lakonan pentas. Ceritera lestari ini ialah sebuah pertunjukan budaya yang cuba menyampaikan mesej mengenai idea kelestarian melalui pementasan pantomim, sejenis lakonan tanpa suara. Kumpulan Daksina Artisutra yang mewakili Persatuan Rentak Madini muncul johan dengan pantomim yang bertema "Ke Arah Kelestarian Masa Hadapan."

Dengan begitu banyak berita dan aktiviti mengenai kesusasteraan pada beberapa minggu kebelakangan ini, maka layaklah Berita Kampus kali ini dikatakan telah bertemakan 'sastera' secara tidak langsung. Semoga perkembangan baik dan menggalakkan ini diteruskan.

Thursday, August 27, 2009

Poco-poco - is it really a religous dance?

Never ever underestimate the power of chain-emails, irregardless of the truth of its contents (or lack thereof). Accept it, embrace it, hate it, ignore it - it is a phenomenon - that chain-email has been spreading the WWE (world-wide-email) like wild fire and reaching even the remotest of people's mail-box irrespective of their race, creed or philosophical belief.

It can and has affected everyone - including the government, the authorities, politicians, or even experts in media studies. If a layman can feel insulted or demoralized by the widespread of chain-emails, so can anyone, especially if it touches on things that are close at heart.

The subject in this posting will not carry the previous title (although it has similar thoughts and messages) as I intend to focus on this matter specifically. In the next posting I will try to categorize the types of chain email that has been spreading and polluting our in-box and consider its impact on people's lives.

Question: Is there any pinch of truth in the poco-poco email that we can consider to research on its authenticity or background or should we just leave it untouched and categorize it as thrash? Or can it be put under urban legend, urban myth or urban tale - a form of modern folklore consisting of stories thought to be factual by those circulating them but are not entirely. Like all folklore, urban legends are not necessarily false, but they are often distorted, exaggerated, or sensationalized over time.

First lets look at it again:
"Assalammualaikum.
|
| Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
| Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
| sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
| masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
| kerajaan ketika manghadiri kursus.
|
| Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
| Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
| menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
| bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
|
| Mungkin kita x perasan
| kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
| yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
| tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
| Marilah kita sama2 fikirkan."
|
| | Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
| Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
|
| Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
| WALLAHUALAM....


Firstly, the email does not have any credibility at all because it was an unsigned letter - meaning we do not know who the original sender is. According to the study of mustalahul hadith or the science of hadith, the first thing we should ask if a news or story reaches us is whether it has an isnad. Isnad is the list of citations for successive narrators reaching back to the original narrator. If the isnad and the narrator is authentic (credible) then we can accept the news as the truth. If there is no isnad then how can we know who the original narrator (perawi) is.

But then, this method is, with all due respect, outdated as far as ICT and research is concern. Of course at that time when there is no internet, the GSM or Broadband, you can't verify a story that say for e.g someone come up to you and claim... Saidina Ali was killed in Karbala. But now if someone does that, you can just search the internet and find out that it was Saidina Hussein not Saidina Ali that was killed in Karbala (I know it's a lame example).

So, if a story comes to us without any basis like an unsigned letter, must we verify it first or can we just ignore it. Depends-lah, read it first, if it's important for e.g like the much sensationalized letter about the death of Teoh Beng Hock given to Teoh's family lawyer, Gobind Singh Deo - then it is worth verifying (by the court).

But if it's just this poco-poco chain-email, then you decide yourself. If it happens that you are a die-hard fan of the dance and you can't live to breath another day without moving to the dance beat of poco-poco then do a research on it. So, that's what I did...! No, I'm just kidding...! I'm not a poco-poco die-hard fan (maybe a little bit of Bruce Willis - the Die-Hard movie trilogy) but research on it I did...

So what did I find? Opocot!...no such thing as the dance originated from the Philippines or if it's a religious dance. The email can be categorized as rubbish or even worst...

But I did found something else - that the dance music was created or written by Arie Sapulette and made popular by Jopie Latul. Arie is from Ambon and the song is sung in Menado, an Indonesian dialect.

Poco-Poco
Artis (Band): Yopie Latul / Arie Sapulette
Lagu berbahasa Menado pengiring senam pagi di Indonesia dan tarian Poco Poco Minahasa ciptaan: Arie Sapulette yang dipopulerkan oleh Jopie Latul. Olah raga bersama Jumat pagi bisa bikin sehat dan tambah semangat, asal jangan sampai telat piket gara-gara terpikat ama yang pakai kaos ketat

I also found this Berita Harian article by Siti Fatimah Mohamed Anwar.

Poco-poco diminati golongan veteran
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
sitifatimahanwar@nstp.com.my

Tarian dari Sulawesi Utara digemari semua peringkat masyarakat

POCO-POCO yang kini menjadi kegilaan rakyat di negara ini membuktikan senaman tarian mendapat tempat di hati masyarakat. Tarian yang asalnya tarian tradisi masyarakat Yospan di daerah Papua dan Wayase di daerah Ambun, Indonesia, kini divariasikan menjadi tarian senaman menghiburkan.

Malah, tarian poco-poco atau maksud lainnya adalah tarian beramai-ramai ini menjadi wadah senaman yang dipertandingkan di kebanyakan agensi kerajaan dan swasta. Bukan saja golongan berusia malah murid tahun satu juga sudah ligat menggelek ala poco-poco.

Hakikatnya, nama poco-poco itu diilhamkan seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette, ia bermula apabila beliau menghadiri satu majlis keraian di sebuah daerah berdekatan kampungnya, pada majlis itu beliau melihat seorang gadis gempal menari sejenis tarian dengan bertenaga dan lincah.

Lantas secara tiba-tiba perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu terus kekal dinamakan poco-poco sehingga ke hari ini.

Arie juga menjadi individu yang bertanggungjawab menggubah lagunya yang turut dinamakan poco-poco sejurus beliau berhijrah ke Jakarta pada 1995, lagu poco-poco popular di seluruh Indonesia dan dinyanyikan semula oleh penyanyi tersohor Yopie Latul.

Pensyarah Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Syed Mustapha Syed Yasin berkata, poco-poco bukan sekadar tarian biasa ia memiliki aura dan kekuatan tersendiri. Tarian yang berasal dari daerah kecil di Ambon di Sulawesi Utara, Indonesia, ini digemari semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia, tambahan pula gerakan tarian ini mudah dipelajari dan menghiburkan.

Menariknya tarian ini mendapat sambutan menggalakkan malah, pertandingan tarian poco-poco juga diadakan dan menjadi sebahagian pendekatan gaya hidup sihat di agensi kerajaan serta mendapat tempat terutama ketika majlis keraian.

Gerakan asas poco-poco pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, walaupun badan tegak bagaikan tiang lampu, jangan khuatir kerana langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan, kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan sambil berpusing.

Begitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal, katanya.

Selain zapin, tarian poco-poco juga menjadi alat bantu kecergasan yang popular di kalangan rakyat di negara ini gerakan yang dilakukan mengikut alunan muzik ala reggae yang tidak terlalu rancak dan sentimental bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia terutama Melayu.

Masyarakat kita masih malu melakukan tarian moden, tambahan pula yang berumur. Disebabkan itu tarian poco-poco, zapin dan joget lebih sesuai dijadikan tarian senaman kerana sifatnya lebih mesra rakyat.

Justeru, tidak hairanlah tarian poco-poco diminati golongan berumur kerana ia lebih tradisional dan sifatnya ala joget namun lebih bertenaga. Kalau sebut salsa, tango dan balle pastinya makcik dan pakcik di rumah geleng kepala tapi apabila sebut poco-poco saya yakin senyum mereka lebih lebar itulah aura poco-poco, katanya.

Selain poco-poco Syed Mustapha berkata, tarian perut atau lebih dikenali tarian gelek juga semakin popular di barat terutama Amerika Syarikat. Tarian gelek yang popular di negara Timur Tengah itu, kini menjadi satu perkhidmatan yang di tawarkan di beberapa pusat kecantikan dan gimnasium di Eropah.

Tarian gelek berkesan dalam membantu menguatkan otot serta mendisiplinkan diri mengatur langkah dengan baik. Tarian ini menjadi asas senaman untuk kardiovaskular serta menjadikan tubuh bersifat mudah lentur, katanya.

Mereka yang mengamalkan tarian gelek menggunakan banyak gerakan otot dalam badan baik untuk melancarkan pengaliran darah.

Terdapat beberapa gerakan dalam tarian ini, ia sama ada dilakukan serentak atau berturutan. Langkah gerakan tarian gelek seperti, putaran pinggul, gaya ular, gerakan kepala dan goncangan sekitar abdomen.

Alunan abdomen adalah asas tarian gelek. Putaran pada pinggul dilakukan secara berulang, tarian ini membantu membentuk pinggang menawan dan pinggul berotot. Malah, pakar percaya tarian gelek berkesan mengurangkan risiko osteoporosis, katanya.

Beliau berkata, tarian itu baik untuk wanita bagi mengurangkan risiko sakit sendi terutama di bahagian lutut, tulang kering dan kaki. dengan melakukan gerakan gelek berulang-ulang ia meningkatkan pernafasan dan melancarkan degupan jantung.

Malah, kajian membuktikan dengan melakukan tarian gelek ia mampu membakar, 300 kalori jika dilakukan selama satu jam.

Selain itu, tarian ini mampu mengurangkan kadar stress kerana kebiasaannya apabila seseorang tertekan otot bahu, kepala, leher akan berasa tidak selesa. Dengan melakukan tarian gelek, regangan pada bahagian tadi diurut perlahan-lahan dan ia menjadi terapi yang baik, katanya.

And also this one from the same author.

So, what can we learn from this episode?

Avoid or refrain ourselves from forwarding chain-emails especially if it can offend people. Sometimes we may claim that we have good intentions i.e to inform, initiate discussions or provide an insight to others, but we do not know who the original sender is and what their intentions are? For that - any chain-letter or email that needs to be verified before we can believe in it, needs to be verified before being forwarded off to other peoples mail-box. Please send it to the thrash bin if we could not verify its truth.

Apparently in this example, we can assume that the original creator of the letter just wanted to initiate discussion as to him/her the dance craze is a bit too much for his/her liking. But if his/her intent is to discredit the original songwriter, then be careful, like in the case of TBH's letter, the people mentioned in the letter can sue you as the carrier of the news together with the original creator for defamation or slander.

Cheers...<----maybe somebody wants to find out if this word means 'Yam Seng' or what?