| |||||||||
Tahniah kpd Koperasi USM Berhad. soalan: saya dok cari dalam senarai ni: http://skm.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=12defec7-aa26-401c-ad0a-af678d35ce1e&groupId=68551 tapi tak jumpa pun nama koperasi USM Berhad? ________________________________________ From: Pentadbir Emel Sent: Monday, August 01, 2011 2:55 PM To: allUsers-Administrative; admin@nav6.usm.my; allstaff@amdi.usm.edu.my; alluser-eng; allusers-academician; lecturer@nav6.usm.my; Pentadbir Emel; staff@cs.usm.my Subject: Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad HEBAHAN KEPADA SEMUA KAMPUS USM Y. Bhg. Tan Sri, Puan Sri, Dato’/Datin, Tuan/Puan, Lembaga Pengarah dan Staf Koperasi Universiti Sains Malaysia (USM) Berhad dengan penuh takzimnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Naib Canselor USM, Y.Bhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dan amnya, ahli-ahli Koperasi USM Berhad dan seluruh warga kampus di atas sokongan jitu dan kerjasama erat yang diperpanjangkan; sehingga meletakkan Koperasi Universiti Sains Malaysia (USM) Berhad tersenarai di tempat ke-37 dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia seperti yang diumumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) baru-baru ini. Koperasi USM Berhad sentiasa memberi penekanan untuk menjalankan tadbir urus terbaik dalam aspek-aspek pengurusan termasuk kewangan, pelaburan, inovasi dan dari situ juga kita mahu pihak luar menilai usaha yang kita jalankan untuk penambahbaikan. Koperasi juga akan menumpukan kepada faktor sumber manusia kerana manusia adalah indikator utama dalam menentukan perkembangan sesebuah perniagaan selain dari aspek lain seperti aset, kewangan, logistik pelaburan dan sebagainya, Kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada pihak pengurusan Koperasi USM Berhad dan warga kampus untuk terus meningkatkan kejayaan dan mengharumkan nama universiti. Sekian, terima kasih dan Selamat Berpuasa, Prof. Madya Mohamad Suhaimi Jaafar Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi USM Berhad | |||||||||
Anwar Ibrahim and the N9 PRN . Devil's advocate series.
-
1. These matters must be narrated by the campaigners , candidates and foot
soldiers. It's their business to study hard and talk about the matters. The
PM t...
1 day ago
No comments:
Post a Comment