Monday, January 31, 2011

Berita KKA USM dalam edisi terbaru Berita Kampus

Berita Kampus edisi 8 sesi 2010/2011 ini hanya akan diedar pada 7 Februari. 2011. Teks sepenuhnya dibawah

Sila klik gambar untuk gambar yang lebih besar

Kesatuan Kakitangan Awam Universiti Sains Malaysia (KKA USM) telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 160,000 kepada tiga staf sokongan USM yang tidak berupaya melakukan kerja- kerja lain selepas ditimpa musibah beberapa tahun lalu melalui kerjasama dari AmInsurans Sdn. Bhd.
 
Antara yang menerima sumbangan, Khairunbee Abd. Hamid, 47, yang merupakan kakitangan awam Desasiswa Bakti Permai yang terlantar sakit akibat serangan jantung sejak tujuh tahun lalu. Beliau menerima sebanyak RM 40,000 sebagai wang sumbangan ihsan.
 
Selain itu, turut menerima sumbangan tersebut ialah dua staf dari Kampus Kesihatan iaitu Nik Wel Hussain yang juga telah meninggal dunia dua tahun lalu. Beliau menerima sumbangan sebanyak RM80,000 dan seorang lagi, Mohd Shukri Yusof dengan cek yang berjumlah RM40,000 bagi membiayai kos rawatan kesihatannya.
 
Menurut Khairunbee, beliau sangat bersyukur atas pemberian tersebut setelah sekian lama terlantar sakit dan sumbangan tersebut akan digunakan sebaiknya.
 
Menurut Wakil Zon 3 KKA USM, Nurul Huda Zainal Abidin, permohonan untuk sumbangan tersebut telah lama dibuat dan baru- baru ini barulah permohonan tersebut telah diluluskan.
 
Tambahnya lagi, KKA ditubuhkan bagi menjaga kemaslahatan dan kebajikan karyawannya yang layak dan memerlukan bantuan tersebut.
 
“Inilah sumbangan yang mampu diberikan oleh pikak KKA USM melalui AmInsurans bagi membantu kakitangannya,” ujarnya.
 
Jelasnya lagi, sumbangan seperti ini adalah sumbangan yang terakhir  kepada bekas pekerja yang dilanda musibah memandangkan tempoh untuk kelulusan sesuatu permohonan adalah dalam tempoh jangka masa yang panjang.
 
“Disebabkan tempoh menjadi wakil KKA adalah selama dua tahun setiap seorang, maka hal ini akan merumitkan keadaan kerana tempoh kelulusan tersebut adalah lama dan kami pihak KKA akan membantu karyawan melalui cara lain seperti mengadakan bengkel, memberi motivasi dan sebagainya.
 
Sumbangan cek tersebut disampaikan oleh bendahari KKA, En. Hud Hj. Mat Yasin kepada ketiga- tiga kakitangan itu di kediaman masing-masing  dengan kerjasama  KKA USM dan AmInsurans.

No comments: