GEORGE TOWN: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta bahan pengkumur mulut yang berfungsi sebagai agen pencegahan kanser mulut.
Ketua Penyelidik itu, Dr Azman Seeni Mohamed berkata pengkumur mulut itu dihasilkan menerusi rebusan akar pokok bonsai tempatan iaitu pokok kesinai.
Pokok yang dikenali dengan nama saintifiknya "streblus asper" itu hanya terdapat di utara Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India, katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Beliau berkata, menerusi kajian makmal, pokok itu berpotensi untuk membunuh bakteria mulut, menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, serta dapat membantu mencegah kanser mulut terutamanya golongan berisiko tinggi seperti perokok.
"Produk yang dikenali SA Cleanse adalah yang pertama dihasilkan menerusi proses merebus akar pohon itu sebelum dimasukkan bahan pewarna adalah lebih baik berbanding dengan produk yang berada di pasaran sekarang kerana ia tidak mengandungi alkohol, dicipta menerusi tiga warna iaitu merah, hijau serta kuning yang mempunyai perisa pudina dan strawberi," katanya.
Azman berkata produk itu juga dapat membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser tulang dan kanser lidah dengan merencatkan aktiviti proliferasi sel, meningkatkan proses kematian sel semula jadi dengan mengubah kadar sintesis DNA.
Katanya, produk itu juga tidak mengandungi kesan mutasi untuk jangka masa panjang kepada pengguna dan ia mendapat kelulusan Biro Farmaseutikal Negara.
"Ujian makmal itu dilakukan ke atas sel yang diambil daripada pesakit kanser dan hasil penyelidikan itu didapati berkesan sebagai alat pencegahan kanser," kata Azman.
Beliau berkata, selain akar, penyelidikan akan dilakukan dengan lebih meluas ke atas daun dan ranting pokok itu untuk ujian pra-klinikal haiwan bagi kanser mulut, ujian percubaan manusia (kesihatan mulut), ujian sel manusia (kanser pangkal rahim), penyakit prostat dan kosmetik.
Kajian untuk mencipta produk itu bermula pada 2009 dengan menggunakan geran jangka pendek USM dan Geran Insentif USM berjumlah RM45,000.
Produk yang telah dipatenkan di peringkat tempatan dan antarabangsa itu akan dipasarkan tidak lama lagi dengan harga RM12 hingga RM20 sebotol. - BERNAMA
Pokok Kesinai (streblus asper) yg dijadikan bonsai |
Pokok yang dikenali dengan nama saintifiknya "streblus asper" itu hanya terdapat di utara Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India, katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Beliau berkata, menerusi kajian makmal, pokok itu berpotensi untuk membunuh bakteria mulut, menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, serta dapat membantu mencegah kanser mulut terutamanya golongan berisiko tinggi seperti perokok.
Daun Kesinai |