Wednesday, October 21, 2009

2 JAM TANPA KENDERAAN?

Berikut gambar-gambar yang dirakam ketika Kempen 2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor di sekitar kampus USM, Pulau Pinang semalam.

Dalam berita muka depan Berita Kampus Bil.6 yang diterbitkan semalam, Pengarah projek kempen tersebut, Ahmad Wafi Sedan, Sains Fizik 2 berkata, "Jika kempen ini berjaya, kemungkinan besar ianya akan diadakan secara berterusan setiap hari Jumaat jam 2.30 petang hingga 4.30."

Ya..! ketika itulah orang ramai berpusu-pusu keluar dari Masjid selepas solat Jumaat dan staf yang hendak masuk semula ke kampus untuk sambung balik kerja jam 2.45 petang.

Harap mereka dapat memilih waktu yang lebih sesuai untuk berkempen...!

















Tuesday, October 20, 2009

Berita Kampus Jilid 40, Bil 6

BK Jilid 40, Bil 6 sudah berada dipasaran mulai hari ini 20 Oktober 2009. Ia merupakan edisi terakhir semester ini. Edisi seterusnya akan bermula selepas semester depan dibuka awal tahun depan.

Monday, October 5, 2009

Berita Kampus Jilid 40, Bil 5

Berita Kampus Bil 5 sudah berada di pasaran. Kandungan berita dan rencana kali ini sangat menarik. Pelajar USM boleh beli dengan harga RM0.50. Staf USM boleh dapat dari PTJ masing-masing atau datang terus ke bangunan C10 (hubungi saya di 04-6535070).

Sekumpulan 5 orang pelajar juga akan buat jualan terus di Kampus Kejuruteraan, Transkrian pagi ini. Komen, cadangan dan kritik di buka.

Izaham