Wednesday, October 21, 2009

2 JAM TANPA KENDERAAN?

Berikut gambar-gambar yang dirakam ketika Kempen 2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor di sekitar kampus USM, Pulau Pinang semalam.

Dalam berita muka depan Berita Kampus Bil.6 yang diterbitkan semalam, Pengarah projek kempen tersebut, Ahmad Wafi Sedan, Sains Fizik 2 berkata, "Jika kempen ini berjaya, kemungkinan besar ianya akan diadakan secara berterusan setiap hari Jumaat jam 2.30 petang hingga 4.30."

Ya..! ketika itulah orang ramai berpusu-pusu keluar dari Masjid selepas solat Jumaat dan staf yang hendak masuk semula ke kampus untuk sambung balik kerja jam 2.45 petang.

Harap mereka dapat memilih waktu yang lebih sesuai untuk berkempen...!

















No comments: