Wednesday, June 27, 2012

PERSIDANGAN HALAL KEBANGSAAN KE-3


Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur 
3 Julai 2012, Selasa,
“Halal sebagai Pemangkin untuk Perkembangan Perniagaan”
Disokong oleh Persatuan Pengeksport Malaysia
 
 
PENGENALAN
Asif International (M) Sdn Bhd, dengan sokongan Persatuan Pengeksport Malaysia akan menganjurkan Persidangan Halal Kebangsaan ke-3 pada 3 Julai 2012 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.
 
Penduduk Islam di dunia dianggarkan mencecah 1.6 bilion orang dan angka ini dijangka meningkat sebanyak 30 peratus daripada penduduk dunia menjelang 2025. Jumlah perbelanjaan untuk makanan akan mencapai $584 bilion setahun jika setiap orang Islam membelanjakan hanya $1 sehari untuk makanan halal! Malaysia telah diiktiraf di peringkat global sebagai hab makanan halal di dunia dan pelopor dalam industri ini.
 
Kejayaan industri halal dalam pasaran domestik mahupun eksport banyak bergantung kepada pelbagai perkembangan polisi termasuk yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan, perkhidmatan sokongan dan infrastruktur. Ia turut merangkumi pembangunan sumber manusia, kewangan serta pemasaran dan usaha promosi. Selain itu, kejayaan yang dikecapi dalam Industri Halal juga bergantung kepada perkhidmatan seperti kewangan, logistik dan pengurusan halal. Oleh itu, usahawan halal dan pengeksport halal Malaysia perlu memastikan kehalalan produk dan perkhidmatan mereka.
 
Bertemakan "Halal sebagai Pemangkin Untuk Perkembangan Perniagaan", persidangan ini diadakan untuk memberi tumpuan kepada perkembangan terkini dan hala tuju masa depan industri halal dalam kesemua sektor.
 
OBJEKTIF
Dengan menghadiri persidangan ini, peserta akan dapat:
· Memahami pasaran halal global dan rantai nilai halal
· Mengetahui maklumat terkini tentang strategi kebangsaan untuk menguasai pasaran halal global
· Mengkaji pelbagai isu halal dan mencari penyelesaiannya
· Mengetahui penemuan terbaru dalam bidang sains halal
· Mengekalkan daya saing dan kepimpinan dalam perniagaan serta meneroka cara yang lebih inovatif untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan
 
SIAPA YANG PATUT HADIR?
Pengeluar Produk Halal, Peladang dan Pembekal makanan ternak, Pemilik pasaraya dan Peruncit, Pengendali rumah penyembelihan, Pengusaha restoran, Pengendali taman halal, Ahli akademik, Penyelidik, Persatuan Industri, Perunding dan sebagainya
 
PROGRAM & PENCERAMAH
Dalam persidangan 1 hari ini, pelbagai tajuk akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah dari Organisasi dan Agensi Kerajaan meliputi bidang berkaitan dengan hubungan perniagaan dalam Industri Halal.

No comments: