Sememangnya cliche jika saya katakan 'begitu cepat masa berlalu...'. Tetapi itulah hakikat yang dapat saya ungkapkan mengenai penerbitan Berita Kampus (BK) yang sudah menjangkau empat dekad (seusia penubuhan USM) mulai sesi 2009/2010 ini.
Bermula dengan hinanya dibangunan C10 dengan beberapa orang pensyarah dan pelajar komunikasi yang komited dengan penulisan berita, hanya dengan menggunakan typewriter yang ketika itulah teknologi ICT paling terkini. Setelah itu potongan teks daripada cetakan typewriter itu disusun dan ditampal diatas sebuah lembaran newsprint agar penerbitan itu dilihat seperti sebuah akhbar. Setelah siap, lembaran newsprint ini dibuat beberapa salinan lagi menggunakan proses yang sama agar ia dapat diedarkan kepada beberapa kerat peminatnya dalam kampus USM dan agar para pembaca ini dapat menyelami cita-cita dan idealisme yang ingin disampaikan mereka.
Begitulah rumitnya proses penerbitan BK ketika itu dan pengalaman ini saya mohorkan sebagai lambang betapa gigihnya pengorbanan para pengasas akhbar ini dalam merealisasikan cita-cita mereka sebagai wartawan. Syabas saya ucapkan kepada mereka yang mampu menjadi peneraju perubahanan kepada generasi pelajar ketika itu.
Pada 27 Julai ini, jilid ke 40 akhbar ini akan sekali lagi (dengan setianya) menemui pembaca dengan liputan berita yang lebih sensasi dan kandungan rencana yang lebih menarik. Berita Kampus kali ini akan cuba mengenengahkan aspirasi generasi baru APEX yang lebih menjuruskan kepada kandungan separa akademik, berita mengenai penemuan-penemuan saintifik di USM serta laporan yang lebih fokus kepada hal-ehwal pelajar pasca siswazah.
Turut diberi perhatian berita mengenai aktiviti Alumni (2 halaman) serta rencana-rencana yang menjurus kepada isu semasa. Laporan khas kali ini akan menumpukan kepada masalah bersama penghuni Desasiswa. Desasiswa yang mana jadi tumpuan - hanya boleh diketahui pada 27 Julai ini. Yang pastinya kandungan laporan dan rencana BK kali ini adalah lebih menarik, matang dan segar.
Bermula dengan edisi pertama, jilid ke 40 ini juga, harga cetak (publish rate) Berita Kampus sudah dinaikkan ke RM1.00 sesuai dengan peningkatan harga kertas dan kos cetakan yang nilainya melebihi harga cetak (publish rate) tersebut. Bagaimanapun, dengan bantuan universiti, pelajar USM akan diberi subsidi. Berapa subsidinya akan diketahui pada hari ia dijual kelak (27 Julai 2009).
Staf USM, seperti biasa boleh mendapatkan naskah percuma mereka melalui PTJ atau jabatan masing-masing. Namun demikian setiap PTJ diwajibkan melanggan akhbar ini dengan membayar secara tahunan. Borang langganan sudah diedarkan kepada setiap PTJ dan adalah menjadi tanggungjawab setiap PTJ untuk mengisi dan mengembalikan borang tersebut agar ia boleh diproses dengan segera. Kami amat mengharapkan setiap PTJ memahami niat dan saranan Yg Bhg. Naib Canselor yang mahukan setiap PTJ menyokong dengan melanggan akhbar ini secara tahunan (lihat lampiran dibawah).
Harapan kami juga agar akhbar Berita Kampus akan dapat terus bertahan dengan peningkatan dari segi kualiti pemberitaan serta kuantiti cetakan dan edarannya dan seterusnya menjadi akhbar komuniti universiti yang berkredibiliti tinggi, sesuai dengan aspirasi USM sebagai universiti APEX pertama dan terulung.
Rosmah’s acquittal: Concrete timeline for AGC-PP Separation needed
-
JOINT STATEMENT Rosmah’s acquittal: Concrete timeline for AGC-PP Separation
needed We the undersigned organisations urge PM Datuk Seri Anwar Ibrahim to
ann...
2 days ago
No comments:
Post a Comment