Tuesday, July 28, 2009

Kisah Pak Arab Kecewa Tak Dapat Kahwin Dengan Doktor Melayu

Kisah di atas tertera di dalam rencana BK Jilid 40 Bil.1 (27 Julai 2009) di mukasurat 12-13.

Menurut penulis (seorang Arab Palestin), kawannya seorang Arab yang lemah lembut (gentleman), ingin menyunting seorang perempuan Melayu berjawatan doktor perubatan. Lalu digunakan seorang kawan Melayu untuk mendekati dan mengenali gadis tersebut. Dia cuma meminta alamat e-mail agar mereka dapat berhubung secara sopan. Ini semua dengan tujuan agar mereka dapat berkenalan dan seterusnya dapat mengahwini doktor tersebut.

Apabila keluarga gadis mendapat tahu niat dan tujuan si Pak Arab, sang ibu memberi arahan agar anak gadisnya "forget about it..." Semua ini kononnya, gara-gara minda 'stereotyping' sang ibu (seorang Melayu) terhadap semua Pak Arab. Pak Arab ini pun merasa malu dan menceritakan pengalamannya kepada penulis.

Memang menyiksakan membaca tulisan Pak Arab ini, bukan kerana penulis menggunakan bahasa Inggeris yang menyusahkan, tetapi ketiadaan fokus yang jitu dan juga terlalu banyak menyandar kepada persepsi orang lain (termasuk persepsi sendiri), yang tidak bersandar kepada kaedah penyelidikan yang sah. Contohnya, penulis menyandarkan pendapatnya mengenai "the Chinese in Malaysia are stereotyped as cheaters, the Indians in Malaysia are stereotyped as drinkers, while the Malays are stereotyped as lazy people."

Kemudian penulis terus menafikan idea stereotyping tersebut dengan mengatakan "This is definitely untrue since I myself have met Chinese who are not drinkers and Malays who are so hard working" dengan tidak bersandarkan fakta-fakta kukuh.

Dari segi akademik, asnad penulis memang gah, dengan ijazah pertama Bahasa Inggeris, Sarjana MBA (USM) dan sekarang sedang menduduki calon kedoktoran USM di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan.

Stereotyping atau sikap suka melabelkan orang lain mengikut acuan kaum atau bangsanya sememangnya sifat semulajadi manusia. Cuma yang membezakan antara seorang yang tidak mudah men-stereotype-kan orang lain dengan sifat sebegitu ialah berkatnya didikan ibubapa dan guru-guru kita. Belajar setinggi mana pun, kalau ilmu yang dipelajari itu tidak berkat, sikap rasis dan stereotyping akan tetap melekat dalam diri kita.

No comments: