Begitulah tajuk yang dilaungkan oleh portal berita online,
The Malaysian Insider (MI) hari ini. Jika saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu maksudnya lebih kurang "Utusan dicela kerana artikel 'cabul' mengenai Yasmin Ahmad. Apa sebenarnya isu 'cabul' atau 'salacious' yang dimaksudkan MI tersebut saya serahkan kepada pembaca menilainya sendiri.
Sememangnya isu semasa ini tiada kaitan dengan USM atau akhbar BK, tetapi ada kaitan dengan sensitiviti kemanusiaan dan etika pemberitaan termasuk 'fair reporting' yang diajar kepada pelajar Kewartawanan tidak kira dimana mereka belajar. Saya juga bukan ingin melanjutkan apa yang diperbalahkan mengenai 'isu' Yasmin ini. Apa yang ingin saya timbulkan ialah, terdapat konflik kepentingan dari segi kaitan yang saya sebut tadi (sensitiviti, etika pemberitaan dan 'fair reporting') dan ini amat penting untuk dirungkaikan sebagai pelajar mahupun penganalisis berita.
Di satu pihak ada yang mencela artikel yang dibawa akhbar Kosmo (Isnin, Julai 27) dan juga Kwong Wah Jit Poh, kerana pendedahan tersebut seolah-olah tidak menghormati keluarga si mati. Di pihak satu lagi pula menyokong berita ataupun pendedahan tersebut disebabkan tiada apa yang hendak dimalukan mengenai si mati yang pergi meninggalkan kita dengan jasa yang cukup banyak, sebab ia adalah kebenaran dan kebenaran tersebut perlu dilaporkan 'in a fair manner'. Inilah yang telah dilakukan oleh akhbar Kosmo, dan ini adalah lebih baik daripada cakap-cakap keji, umpat dan tokok tambah yang sudah menjadi lumrah di kalangan masyarakat kita.
Jadi, disebelah mana berat timbangan hujah yang telah didedahkan oleh MI yang lebih diterima masyarakat dewasa ini adalah hak pembaca untuk menilainya. Di era teknologi maklumat yang semakin pantas, serba dedah dan serba canggih, sudah tiada lagi ungkapan 'rahsia' atau 'cerita lama' yang tidak boleh diketahui oleh orang lain, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan selebriti atau orang kenamaan.
2 comments:
Dear En Izaham,
Thank you for highlighting this news. I agree that in this cyber era, no story of this calibre could be kept silent for long. No juicy news like this would be sidestepped. Reporters were also taught to take each news angle to the best of their ability to escalate their own names in the publishing industry. However it must be stressed upon all reporters that news must be reported 'fairly' and 'ethically'. in this instance, 'sensitivity'. this could be easily translated into, "imagine yourself in their shoes". How would the family who is still bereaving of the demise of their beloved one feel? How would the departed person respond to the news? No, she can't! Fair reporting means giving the other side the chance to have their say in the issue. This should be emphasized again and again in your task to produce high quality reporters who would adhere to the professional code of conduct in journalism.
Yasmin cannot but Kugan can, is it?
http://www.malaysiakini.com/letters/109662
Post a Comment