Jenuh memikirkan apa dan bagaimana reaksi yang ingin saya beri terhadap keluaran terbaru Berita Kampus yang akan terbit pada 1 September, esok. Sementara saya ini jenis yang suka berterus terang mengenai kualiti penerbitan sesuatu bahan cetak, saya juga bukan yang suka mematahkan semangat orang.
Sebagai tujuan promosi selain tidak mahu menghampakan semangat kemerdekaan semua orang yang sedang berkobar ketika ini, saya ringkaskan pandangan saya melalui posting ini.
Tidak banyak yang ingin saya perkatakan kecuali ianya adalah ulangan dari beberapa banyak keluaran BK yang terdahulu. Sebagaimana BK-BK yang lepas, tiada tema yang khusus, cuma penekanan diberi tentang pelaporan Convex 09 atau upacara konvokesyen ke 40 USM baru-baru ini.
Sebagai ulangan dari pelaporan BK pada tahun-tahun yang lepas mengenai peristiwa-peristiwa penting universiti, upacara konvo sememangnya sesuatu yang harus ada. Bagaimanapun, konsep dan konteks liputan tetap sama, dengan kualiti rekaletak nampak tidak bersemangat - tiada idea baru.
Sementara itu, semangat yang ditunjukkan pada wadah editorial masih mendatar dengan ulangan isu-isu yang sama diperkatakan akhbar harian tanpa kupasan idea yang baru. Harapan saya, wadah editorial ini dapat menampakkan kematangannya dengan pelajar berani memperkatakan mengenai isu-isu semasa di dalam negara dengan lebih telus.
Bagaimanapun, jika ada isu yang boleh dibanggakan mengenai pelaporan BK kali ini ialah mengenai berita kecemerlangan kesusasteraan negara apabila Prof Muhammad Hj Salleh dinobatkan Anugerah Tokoh Akademik Negara. Pengiktirafan Anugerah Akademik Negara tertinggi ini suatu penghargaan kepada bidang pendidikan dan kesusasteraan terutamanya kepada USM apabila karya Prof Muhammad, Poetika Sastera Melayu mendapat perhatian di kalangan akademik tempatan mahupun dunia.
Teori sastera Melayu yang diketengahkannya sering dirujuk dan digunakan di beberapa buah universiti di Nusantara dan antarabangsa dan juga sebagai landasan tesis/disertasi. Karya-karya sasteranya juga menjadi bacaan wajib di semua sekolah menengah dan juga beberapa kursus Universiti di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maka tiada sangsi lagi Prof Muhammad memang layak dinobatkan dengan anugerah tertinggi tersebut.
Bakti Prof Muhammad menerusi sastera ini seterusnya diabadikan dalam sebuah rencana oleh Mohd Bakri Adam dan Izzat Ismail dengan kupasan yang menyegarkan di muka surat 16.
Hari Antarabangsa Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) juga menjadi tumpuan pemberita BK kali ini dengan pelbagai aktiviti seperti permainan, pameran dan pertunjukan kebudayaan, deklamasi sajak, tayangan filem dan pesta makanan yang telah diadakan di perkarangan PPBLT. The BOOK Club@SoLLaT, suatu program PPBLT juga dilancarkan oleh Naib Canselor bertujuan menyemai tabiat membaca di kalangan warga kampus USM, selain meningkatkan kemahiran pemikiran kritis.
Berita sastera lain yang turut menjadi tumpuan ialah sesi autograf bersama Dr Chuah Guat Eng, penulis wanita Malaysia pertama menerbitkan novel berbahasa Inggeris pada tahun 1994. Penulis novel pasca kolonial bertajuk Echoes of Silence ini telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang penulis dengan para pelajar di Dewan Kuliah A, USM. Selain memberi ceramah, tujuan lawatan Dr Chuah juga sebagai mempromosikan novel tersebut yang kini dalam proses penulisan episod kedua, buku Tales from the Baram River (2001) dan juga novel The Old House and Other Stories (2008).
Berita sastera seterusnya ialah mengenai Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke 12 yang diadakan pada 18-20 Ogos lepas. Dianjurkan USM dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Institut Terjemahan Negara (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Resolusi utamanya ialah sokongan kesemua penganjur terhadap dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar oleh kerajaan dalam semua peringkat pendidikan termasuk pengajian tinggi.
Akhir sekali, Dewan Budaya USM telah berjaya mempersembahkan Pertandingan Ceritera Lestari dengan menampilkan lapan kumpulan mewakili desasiswa dan persatuan untuk bertanding dalam bidang lakonan pentas. Ceritera lestari ini ialah sebuah pertunjukan budaya yang cuba menyampaikan mesej mengenai idea kelestarian melalui pementasan pantomim, sejenis lakonan tanpa suara. Kumpulan Daksina Artisutra yang mewakili Persatuan Rentak Madini muncul johan dengan pantomim yang bertema "Ke Arah Kelestarian Masa Hadapan."
Dengan begitu banyak berita dan aktiviti mengenai kesusasteraan pada beberapa minggu kebelakangan ini, maka layaklah Berita Kampus kali ini dikatakan telah bertemakan 'sastera' secara tidak langsung. Semoga perkembangan baik dan menggalakkan ini diteruskan.
Rosmah’s acquittal: Concrete timeline for AGC-PP Separation needed
-
JOINT STATEMENT Rosmah’s acquittal: Concrete timeline for AGC-PP Separation
needed We the undersigned organisations urge PM Datuk Seri Anwar Ibrahim to
ann...
2 days ago
1 comment:
Salam Sejahtera..
Hari ini sebenarnya saya terpanggil hendak mencari berita kampus online. dan akhirnya saya jumpai jua..
Berdasarkan analisis BK online kali ini, saya rasa ada suatu kesilapan di sini. Di bahagian akhir sekali.
Sebenarnya Pertandingan Ceritera Lestari adalah anjuran ConvEx'09 dan bukannya dewan budaya USM. ConvEx'09 hanya menggunakan dewan budaya sebagai tempat untuk peserta-peserta berentap sahaja.
p/s: Terima kasih kerana menyiarkan berita-berita mengenai ConvEx...^^
Post a Comment