Friday, June 12, 2009

Perlukah BERITA KAMPUS musim cuti semester?

Kebanyakan berita dan rencana yang disiarkan dalam BERITA KAMPUS memuatkan hal ehwal pelajar dan juga acara rasmi universiti. Sememangnya ia demikian, sebab akhbar ini dijadikan sebagai landasan untuk pelajar Kewartawanan membuat latihan sebelum mereka direkrut oleh akhbar atau penerbitan sebenar.

Jadi dimanakah peranan staf, terutamanya staf sokongan dalam hal ini? Apakah tidak ada berita mengenai staf dimuatkan dalam mana-mana akhbar universiti? Dulu kita pernah dengar dan baca buletin ANTARA KITA. Apa jadi dengan penerbitan tersebut?

Saya lontarkan persoalan ini kepada anda semua, apakah perlu ada satu akhbar staf sama ada secara menumpang atau bersendirian, dimana memuatkan berita mengenai staf dan hasil tulisan staf?

Secara menumpang, maksudnya ialah kita boleh menumpang platform sedia ada seperti BERITA KAMPUS untuk menerbitkan akhbar semasa musim cuti pelajar. Selama mana ia boleh beri manfaat kepada universiti, saya tidak nampak ada salahnya.

Cuma yang perlu ialah inisiatif dan kerjasama anda semua. Masalah bagaimana ia boleh beroperasi boleh dibincangkan.

Izaham

1 comment:

Bakiah said...

Tahniah atas usaha penerbitan Berita Kampus dan juga laman blog Berita Kampus. Mungkin boleh diperjelaskan apakah peranan kedua-duanya serupa, atau saling melengkapi, atau ia berdiri atas platform tersendiri?
Berita staf? menarik juga kalau staf mempunyai platform untuk menulis, memberi komen yang membina, terutamanya hal-hal berkenaan universiti atau meluahkan kreativiti masing-masing di dalam bidang penulisan.
Saya setuju jika staf hanya menumpang contohnya di Berita Kampus, atau di laman blog ini, tidak perlu wadah lain, jika terlalu banyak, kita juga tidak terkejar, sedangkan masa amat cemburu dengan kita!
Selamat maj jaya diucapkan ke pada laman blog ini dan Berita Kampus, khasnya!